RM480,000 perkasa STEM di Sabah tahun depan

19 Jul 2024 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Peruntukan tahunan bagi memperkasa bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah akan dinaikkan kepada RM480,000 pada tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr Ariffin Arif berkata, setiap PPD akan menerima RM20,000 setahun berbanding RM15,000 sebelum ini membabitkan peruntukan RM360,000.

Katanya, komitmen dimulakan pada 2022 lalu itu bagi mencapai sasaran lebih 30 peratus penglibatan pelajar dalam STEM di Sabah, sekali gus memenuhi aspirasi melahirkan lebih ramai pakar di bidang itu pada masa depan.

“Peruntukan tahunan kita sediakan RM20,000 setiap PPD (24 PPD), insya-Allah tahun depan akan dinaikkan..sebelum ini RM15,000 dan kita dapat saksikan pencapaian PPD sangat baik.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Anak-anak kita (kini) kebanyakannya mempunyai inovasi dan kreativiti yang bagus, dan diharap agar sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus ke atas (pelajar bidang STEM), dapat kita capai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival STEM dan TVET anjuran PPD Papar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat, di sini, Khamis.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah yang juga Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pegawai PPD Papar, Bakri Sudin.

Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, peruntukan disalurkan itu akan digunakan untuk menganjurkan pelbagai program pemerkasaan bidang STEM di peringkat sekolah di daerah masing-masing.

“Kerajaan negeri, khususnya kementerian (KSTI) akan membantu sebarang keperluan pemerkasaan bidang ini, sekali gus meningkatkan minat anak-anak kita terhadap sains dan teknologi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.