Kerajaan negeri salur RM100,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter Sarawak

9 Sep 2026 • 4:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan negeri salur RM100,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter Sarawak

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terkorban dalam nahas helikopter Long Lellang, Miri pada Selasa. 

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut bersetuju agar kerajaan negeri menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak petugas yang terkorban dan masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.

 

Kerajaan negeri dalam kenyataan hari ini berkata, petugas berkenaan sedang melaksanakan amanah membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat ketika tragedi berlaku.

 

“Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, rakan seperkhidmatan serta seluruh rakyat Sarawak.

 

“Jasa, dedikasi, keberanian dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat, khususnya masyarakat pedalaman, amat besar nilainya dan akan terus dikenang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Nahas kira-kira pukul 3.40 petang Selasa itu membabitkan sebuah helikopter yang membawa lima individu termasuk empat petugas perubatan sebelum dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, Ulu Baram.

 

“Kerajaan Sarawak menzahirkan rasa duka cita yang amat mendalam serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan waris petugas FDS yang terkorban dalam nahas,” katanya.-UTUSAN

The post Kerajaan negeri salur RM100,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved