Sabah, Sarawak bukan lagi ‘deposit tetap’ – Mohamad Hasan

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 9:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sabah, Sarawak bukan lagi ‘deposit tetap’ – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR: UMNO tidak lagi boleh menganggap Sabah dan Sarawak sebagai ‘deposit simpanan tetap’ dalam politik negara, sebaliknya perlu mengiktiraf kedua-dua negeri itu sebagai komponen penting dalam usaha membentuk kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkembangan politik semasa menuntut UMNO supaya lebih berhati-hati dalam membuka ruang kerjasama pelbagai parti Melayu agar tidak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat bukan Melayu serta rakan-rakan politik di Sabah dan Sarawak.

“Terbukanya ruang kerjasama pelbagai parti Melayu dalam pilihan raya, haruslah jangan menyinggung rakan-rakan kita, dari pelbagai bangsa lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Jangan sesekali kita memikirkan konstituen kita hanya Melayu.

“Tindakan dan perilaku kita, jangan sesekali membuka ruang kerisauan, di kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu dan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.

“Ingat, bila politik Malaysia ini ‘chaotic’ dan kacau bilau, kita memerlukan keyakinan bukan Melayu dan parti Sabah dan Sarawak untuk membentuk Kerajaan.

“Mereka sekarang telah menjadi kuasa penentu. Era kita menganggap mereka adalah deposit simpanan tetap telah tinggal menjadi kenangan,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini hari ini.-UTUSAN

The post Sabah, Sarawak bukan lagi ‘deposit tetap’ – Mohamad Hasan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved