Kerajaan negeri sedia bantu aspek keselamatan sekolah

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 5:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan negeri sedia bantu aspek keselamatan sekolah

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor bersedia membantu dari aspek asas termasuk berkaitan keselamatan sekolah susulan kejadian tragis yang menimpa seorang pelajar di Yong Peng pada Sabtu lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri tidak mahu tragedi yang menimpa Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Rosli, 16, berulang pada masa akan datang.

Katanya, pihaknya akan melihat perkara berkaitan keselamatan di sekolah dengan lebih teliti dan memberikan bantuan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sebentar tadi saya telah menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Rosli, 16, dan melahirkan rasa sedih serta pilu dengan kejadian yang berlaku. Insha-Allah, kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka.

“Di peringkat kerajaan negeri, apa yang boleh dibantu akan diberikan bantuan, namun ribuan sekolah di Johor dan puluhan ribu di seluruh negara adalah di bawah tanggungjawab kementerian,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini hari ini.

Menurut Onn Hafiz, beliau turut menerima makluman bahawa suspek kejadian sudah ditahan reman bermula semalam dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Onn Hafiz meluangkan masa kira-kira 45 minit menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya di kediaman neneknya di Kampung Parit Selamat.

Beliau turut berharap orang ramai memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi memastikan individu yang didapati bersalah dikenakan hukuman setimpal.-KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan negeri sedia bantu aspek keselamatan sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved