Kes Irene Sofiya: Muhyiddin Gesa KPM Audit Sistem Keselamatan Sekolah

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kes Irene Sofiya: Muhyiddin Gesa KPM Audit Sistem Keselamatan Sekolah

Pemergian tragis pelajar Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, tidak seharusnya berakhir dengan sekadar ucapan takziah tanpa langkah pembetulan segera bagi memastikan tragedi sama tidak berulang.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak seharusnya menunggu sehingga siasatan polis selesai sebelum mengambil langkah pencegahan terhadap sebarang kelemahan aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Menurutnya, KPM perlu melaksanakan audit menyeluruh terhadap sistem keselamatan dan mekanisme pencegahan buli di sekolah, termasuk menilai keberkesanan saluran aduan serta tindakan susulan terhadap setiap laporan.

"Sebarang kelemahan dalam aspek keselamatan, pemantauan, disiplin serta pengurusan buli dan keganasan di sekolah mesti dikenal pasti dan diperbaiki segera.

"Sebarang tanda buli, ugutan, gangguan atau ancaman terhadap keselamatan pelajar mesti dipandang serius dan ditangani sebelum keadaan menjadi lebih buruk," katanya menerusi satu kenyataan di laman media sosialnya, pada Isnin.

Muhyiddin, yang juga bekas Menteri Pelajaran, turut menggesa pihak berkuasa menyelesaikan siasatan secara telus, segera dan menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kejadian berkenaan.

"Sekiranya terdapat unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil mengikut undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat," tegasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal atas kehilangan insan tersayang pada usia muda.

"Pemergian Irene Sofiya tidak boleh berakhir dengan ucapan takziah semata-mata. Kita mesti memastikan tragedi seperti ini tidak berulang dan setiap anak yang melangkah ke sekolah dapat belajar dalam suasana yang selamat serta pulang ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat," jelasnya.

Baca juga:

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mencetuskan spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi menghormati emosi keluarga Allahyarhamah serta tidak menjejaskan kelancaran siasatan pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved