Kerajaan Pahang akan bina tapak komersial berdekatan stesen ECRL

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 9:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan Pahang akan bina tapak komersial berdekatan stesen ECRL
Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin.

KUALA LIPIS - Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif untuk membangunkan tapak komersial dalam radius 15 hingga 16 kilometer dari stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai usaha untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif tersebut diambil sebagai persediaan untuk menerima limpahan pelancong yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

"Saya harap rakyat Pahang bersedia untuk menerima kehadiran pelancong. Pengangkutan di kampung-kampung kita akan pertingkatkan supaya jaringan pengangkutan akan dipermudahkan," katanya ketika Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved