Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram
Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat Sinar Harian di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin.

KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai pasukan penguatkuasaan sendiri menerusi penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bagi menjaga kepentingan negeri serta mencegah kehilangan dan ketirisan hasil kerajaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, unit berkenaan berperanan membanteras aktiviti tidak sihat termasuk pencerobohan tanah haram, pembalakan haram dan kecurian pasir.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kegiatan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan hasil serta khazanah negeri.

"Fungsi UPNO adalah memastikan tiada pencerobohan tanah haram, pembalakan dan tiada kecurian pasir dan mereka berada di mana-mana sahaja di bumi Pahang.

"Kita sangat tegas. Kalau dulu kita buat tangkapan, kita kompaun, tetapi saya dapati aktiviti itu masih berlaku dan akhirnya kita buat keputusan, kalau sekiranya kita mendapati penerokaan tanah haram ini, kita tidak kompaun, kita bawa mereka terus ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika Program Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, tindakan lebih tegas itu bukan bertujuan memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Menurutnya, kerajaan negeri mahu menyifarkan aktiviti tidak sihat itu atau sekurang-kurangnya mengurangkannya ke tahap minimum demi melindungi khazanah negeri.

Beliau berkata, usaha berkenaan turut memerlukan kerjasama dan komitmen pasukan pentadbiran negeri bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved