Belanjawan 2027 – FLYsiswa Dinaikkan, MyKomuter50 Diperkenalkan dan My50 Diteruskan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2027 – FLYsiswa Dinaikkan, MyKomuter50 Diperkenalkan dan My50 Diteruskan

Berita baik bagi golongan pelajar dan pengguna pengangkutan kerana kerajaan bersetuju untuk meningkatkan FLYsiswa ke RM500 berbanding RM400 sebelum. FLYsiswa yang diperkenalkan pada tahun 2024 memudahkan pelajar di Sabah dan Sarawak melakukan perjalanan pula daripada institusi pendidikan. Inisiatif FLYsiswa akan memberikan manfaat kepada lebih 60,000 penuntut IPTA.

Image from: Belanjawan 2027 – FLYsiswa Dinaikkan, MyKomuter50 Diperkenalkan dan My50 Diteruskan

Selain itu perkhidmatan My50 diteruskan untuk pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang dengan ia bakal dimanfaatkan oleh lebih 300 ribu pengguna. Juga diperkenalkan ialah MyKomuter50 untuk manfaat 40 ribu pengguna KTM Komuter. Melalui kemudahan ini, wang pengguna dapat dijimatkan secara purata sehingga 160 ringgit sebulan. Sementara itu, pas percuma diberikan kepada 360 ribu murid sekolah, komuniti OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved