Belanjawan 2027 perkukuh agenda pengangkutan awam negara

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 perkukuh agenda pengangkutan awam negara

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas keputusan meneruskan kemudahan pas perjalanan My50 yang memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pengguna perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL di Lembah Klang setiap bulan.

Kesinambungan inisiatif tersebut, menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri hari ini disifatkannya sebagai amat bermakna dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk perjalanan harian.

Menurut Prasarana, ia mengambil maklum penekanan kerajaan terhadap keperluan memastikan kelancaran perkhidmatan rel untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.

“Sehubungan itu, Prasarana komited untuk mempergiat usaha meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh penyelenggaraan serta menangani isu-isu teknikal secara menyeluruh bagi memastikan perkhidmatan yang stabil, selamat dan boleh dipercayai.

“Seperti yang dizahirkan dalam teks pembentangan belanjawan, Prasarana akan melaksanakan pelaburan sebanyak RM3.4 bilion bagi program pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel.

“Pelaburan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Prasarana untuk memperkukuh keupayaan dan daya tahan sistem rel, mengoptimumkan prestasi serta kebolehpercayaan aset, di samping meminimumkan risiko gangguan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Belanjawan 2027 perkukuh agenda pengangkutan awam negara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved