Kerajaan perlu rujuk pakar sebelum haramkan Waze

PoliticsTechnology
24 Oct 2026 • 6:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan perlu rujuk pakar sebelum haramkan Waze

PETALING JAYA: Adalah lebih baik kerajaan merujuk pakar industri dan teknologi navigasi sebelum mengambil langkah mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi popular, Waze.

Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin berkata, keputusan dasar sedemikian tidak seharusnya dibuat secara tergesa-gesa selepas dilihat bakal menjejaskan enam juta pengguna jalan raya di Malaysia yang bergantung aplikasi berkenaan untuk mencari rezeki, perjalanan harian atau urusan logistik.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) masih belum melaksanakan larangan serupa.

“Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar tidak mengharamkan Waze. Namun, negara-negara ini terletak berhampiran secara geografi dengan kawasan konflik dan mempunyai protokol keselamatan negara yang ketat.

“Larangan yang dibuat secara reaktif berisiko menyebabkan gangguan yang tidak perlu kepada orang ramai, menjejaskan aktiviti ekonomi dalam sektor ekonomi gig serta merosakkan reputasi landskap digital Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan penjawat awam supaya berhenti menggunakan Waze berikutan kebimbangan maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi boleh dieksploitasi oleh Israel.

Bekas menteri itu turut mempersoalkan sama ada kerajaan menjangkakan sebuah badan berkanun seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mampu membangunkan, mengoptimumkan dan menyelenggara platform navigasi berasaskan sumbangan pengguna yang setanding dengan syarikat teknologi global.

Katanya, membangunkan sistem navigasi yang cekap dan memastikan data peta sentiasa dikemas kini memerlukan operasi berskala besar, penambahbaikan teknologi secara berterusan serta pasukan jurutera khusus.

Beliau turut merujuk Korea Selatan dimana aplikasi navigasi tempatan seperti Naver Map dan KakaoMap dibangunkan serta dikembangkan oleh syarikat teknologi gergasi tempatan, bukannya agensi kerajaan. – UTUSAN

The post Kerajaan perlu rujuk pakar sebelum haramkan Waze appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved