Laporan lengkap atasi isu Sungai Pahang kontang – Wan Rosdy

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laporan lengkap atasi isu Sungai Pahang kontang – Wan Rosdy

MARAN – Kerajaan negeri mahu satu laporan lengkap disediakan pihak berkaitan isu Sungai Pahang di Pesagi, di sini yang kering sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan lengkap perlu disediakan bagi menyediakan langkah jangka pendek dan panjang dalam mengatasi isu tersebut.

“Sekarang saya minta laporan daripada daerah dan saya akan bawa dalam mesyuarat exco, kita kaji, teliti dan perhalusi untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk jangka panjang kita perlu dapat laporan yang lengkap untuk kita kemukakan kepada pihak atasan,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Tapak Projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Kampung Awah di Maran, hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Sungai Pahang di Pesagi di sini semakin kering sehingga boleh dilalui oleh pejalan kaki dan penunggang motosikal, malah terdapat kawasan yang sudah ditumbuhi rumput.

Kawasan yang dahulunya terkenal dengan lubuk ikan kerana dasar yang dalam dan berarus deras itu berubah menjadi kering-kontang dan membentuk daratan berpasir.

Jika tiga tahun lalu kawasan kering itu hanya sepanjang tiga kilometer, namun kini telah mencecah kira-kira enam kilometer.

Menurut Wan Rosdy, dalam mesyuarat exco yang dijadual Rabu ini, kerajaan negeri akan turut membincangkan isu ini bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang.

Ditanya mengenai satu-satunya kaedah yang dilihat signifikan iaitu dengan melakukan pengorekan pasir beliau berkata perkara itu telah dipanjangkan kepada kerajaan Persekutuan termasuk mendapatkan kelulusan.

“Kita telah panjangkan kepada pihak Persekutuan, harap Persekutuan membuat keputusan yang menguntungkan kerajaan negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Laporan lengkap atasi isu Sungai Pahang kontang – Wan Rosdy appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved