Muktamad! 5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September ini – KDN

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 8:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan memuktamadkan pelaksanaan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela membabitkan 5,000 pelarian rakyat Myanmar yang layak ke negara asal secara berperingkat pada tahun ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagi fasa pertama, seramai 1,476 warga Myanmar yang dikenal pasti Kerajaan Myanmar akan dihantar pulang pada 29 September 2026.

Tarikh itu dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan membabitkan KDN, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan selepas mengambil kira keperluan logistik serta penyelarasan, berbanding cadangan asal Kerajaan Myanmar pada 28 Ogos.

“Bagi fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela ini, seramai 1,476 warga Myanmar yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Myanmar akan dihantar pulang pada 29 September 2026.
“Tarikh tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan melibatkan KDN, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan selepas mengambil kira keperluan logistik serta penyelarasan, berbanding cadangan asal Kerajaan Myanmar pada 28 Ogos.
“Proses penghantaran pulang fasa pertama berkenaan akan menggunakan dua buah kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar,” menurut kenyataan itu.
Image from: Muktamad! 5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September ini – KDN

Kredit Foto: FMT

Dalam pada itu, KDN memaklumkan seramai 4,008 warga Myanmar yang lain, terutama membabitkan etnik Rohingya, akan didaftarkan di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Sehingga 15 Ogos 2026, terdapat 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.

Bagaimanapun, KDN menegaskan jumlah itu merangkumi semua rakyat Myanmar yang ditahan dan tidak boleh dianggap keseluruhannya sebagai pelarian.

“Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia sedang melaksanakan proses DPP bagi mengesahkan identiti, kewarganegaraan, status imigresen, tuntutan pelarian serta latar belakang keselamatan setiap individu yang dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.
“Kerajaan melaksanakan pendekatan dua cabang yang saling melengkapi iaitu rundingan diplomatik bersama Kerajaan Myanmar bagi penghantaran pulang secara teratur, serta pelaksanaan program DPP bagi mendata pelarian dan pemohon suaka,” jelas KDN.

Image from: Muktamad! 5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September ini – KDN

Menurut KDN, lebih 95 peratus pelarian di Malaysia berasal dari Myanmar, termasuk etnik Rohingya, Chin, Karen dan Mon.

Justeru, kementerian itu berkata penyelesaian terhadap isu berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh menerusi diplomasi dua hala dan bukan tindakan unilateral.

Artikel lain: Hantar pelarian Myanmar pulang? Malaysia utamakan keselamatan, tak mahu dilihat tiada perikemanusiaan

Pada masa sama, KDN menegaskan Malaysia kekal bukan Negara Pihak kepada Konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967.

Menurut kementerian itu, pelaksanaan DPP mencerminkan pendekatan ihsan berasaskan undang-undang serta kedaulatan dan keselamatan negara bagi menoktahkan masalah legasi yang berlarutan selama berpuluh tahun.

Sumber: FB Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved