Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sedang mempertimbangkan pindaan undang‑undang untuk menangani penyalahgunaan subsidi petrol RON95. Antara yang sedang dibincangkan ialah menghalang penggunaan kad kredit dan debit asing di pam minyak bagi mengelakkan warga asing membeli RON95 yang disubsidi. Turut dipertimbangkan ialah Menguatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap peniaga atau individu yang menyalahgunakan subsidi.

Perbincangan masih di peringkat awal dan melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan. Inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) dilancarkan September tahun lalu yang menyasarkan subsidi minyak kepada semua warganegara Malaysia yang layak. Menerusinya petrol RON95 boleh dibeli pada harga RM1.99/liter dan RM2.54/liter tanpa subsidi. Kenderaan asing hanya dibenarkan membeli petrol RON pada harga RM3.10/liter.
Sejak diperkenalkan sudah berlaku beberapa insiden kenderaan negara luar membeli RON95 kerana pembayaran dilakukan menggunakan kad di pam.


