Kerajaan Pusat tak boleh sewenang-wenangnya campur urusan negeri – Azalina

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 12:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan Pusat tak boleh sewenang-wenangnya campur urusan negeri – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan dan kemelut di Negeri Sembilan serta perlu menghormati bidang kuasa negeri tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setiap negeri mempunyai Perlembagaan dan undang-undang tersendiri yang perlu dihormati oleh semua pihak.

“Dalam perlembagaan kita, apa yang boleh dan tak boleh buat ialah negeri dengan pusat. Kita kena menghormati negeri, dia ada undang-undang di sini dan dia ada Perlembagaan dia. Pusat pun ada Perlembagaan kita. Jadi benda ini berlainan.

“Adat Temenggong ini lain dengan isu Adat Perpatih. Ini menjadi keutamaan bila orang nak faham. Dan keduanya, Negeri Sembilan ada Undang-Undang Tubuh Negeri. Kalau kita terlebih-lebih mengulas, dan saya tak ada kepakaran, saya rasa pun kita tak boleh mengelirukan orang awam. Mungkin pakar boleh mengulas lah, tapi saya bukan pakar. Johor saya boleh cakap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Literasi Akta Antibuli 2026 (Akta 876) dan Peranan Tribunil Bagi Antibuli (TAB) di Maktab Tentera Diraja (RMC) di Sungai Besi di sini hari ini.

Azalina berkata diminta mengulas mengenai kenyataan 10 bekas presiden Majlis Peguam menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan kemelut Perlembagaan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menerusi kenyataan itu, mereka menyifatkan perkembangan terbaharu membabitkan Tuanku Muhriz itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap sistem raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sepuluh peguam tersebut ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Yeo Yang Poh, Datuk Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Datuk Lim Chee Wee, Christopher Leong, Datuk George Varughese, Salim Bashir dan Karen Cheah Yee Lynn. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan Pusat tak boleh sewenang-wenangnya campur urusan negeri – Azalina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved