
KOTA BELUD: Exco Agama Sabah Datuk Dr. Arifin Arif berkata Kerajaan Negeri tidak akan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di negeri Terengganu baru-baru ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, di akhbar tempatan pada 3 Januari 2025, yang bertajuk “Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai”.
AdvertisementAntara lain, beliau dipetik turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam.
“Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa kenyataan Ustaz Haji Bungsu merupakan pendapat dan pandangan peribadi beliau dan sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan Negeri,” kata Arifin dalam kenyataan media.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman yang sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’.
"Takzir merupakan hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak."



