Kerajaan Sambung Bantu Kos Penerbangan Pelajar Melalui FLYsiswa Sebanyak RM300

3 May 2024 • 12:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inisiatif subsidi FLYsiswa RM300 untuk tiket penerbangan pelajar dilanjutkan

Kerajaan Sambung Bantu Kos Penerbangan Pelajar Melalui FLYsiswa Sebanyak RM300. Inisiatif FLYsiswa yang memberikan subsidi pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) telah disambung semula bermula hari semalam (Khamis).

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan pada Khamis, inisiatif ini melibatkan pelajar universiti awam, politeknik, kolej komuniti di bawah KPT serta pelajar kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM.

image is not available
Kerajaan Sambung Bantu Kos Penerbangan Pelajar Melalui FLYsiswa Sebanyak RM300

Pada fasa pertama ini, hanya pelajar yang masih berdaftar di institusi-institusi tersebut sehingga 31 Disember 2023 layak menerima bantuan. Bagi pelajar baharu yang memasuki institusi pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2024, mereka akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai 2024.

Tempoh permohonan dan penebusan baucar FLYsiswa

Tempoh permohonan baucar ini adalah dari hari ini hingga 30 November manakala baucar boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember. Pembelian tiket untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar dibenarkan.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.