Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo

11 Apr 2023 • 9:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beberapa lokasi di sepanjang lebuhraya pan borneo bakal dijadikan tapak pelancongan perkhemahan glamor (Glamping)

Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo. Kerajaan Sarawak baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina tapak glamping di sepanjang lebuhraya Pan Borneo.

Glamping, yang merupakan singkatan bagi ‘glamorous camping’, adalah konsep penginapan yang memadukan kemudahan mewah seperti yang terdapat dalam hotel dengan pengalaman berkhemah di alam semula jadi.

image is not available
Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo

Pelbagai pilihan penginapan yang menarik untuk pelancong

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bahawa ia merupakan antara usaha kerajaan merealisasikan aktiviti pelancongan kenderaan rekreasi RV di sepanjang lebuhraya.

Rancangan ini diharapkan dapat meningkatkan tarikan pelancongan di Sarawak serta menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang menarik untuk pelancong.

image is not available

Sarawak kini sedang mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai tapak glamping.

Pihak kerajaan berharap bahawa tapak glamping ini akan menjadi tarikan utama bagi pelancong, terutamanya mereka yang mencari pengalaman berkhemah yang unik dan mewah.

Menurut beliau juga, kerajaan Sarawak kini sedang mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai tapak glamping.

image is not available

Dengan adanya tapak glamping yang menarik ini, diharapkan dapat meningkatkan pelancongan di Sarawak dan memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk setempat dan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: