Kerajaan sedia pelbagai inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta buat masyarakat India – PM

LocalPolitics
17 Oct 2025 • 11:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan menyediakan beberapa inisiatif baharu bernilai RM42.25 juta khusus untuk masyarakat India, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan termasuk program tuisyen percuma dan pemberian komputer riba melalui inisiatif Peranti Siswa.

Inisiatif berkenaan yang turut merangkumi program pembaikan sekolah di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dikongsikan beliau semasa pertemuan santai bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery, Brickfields, semalam.

Masyarakat India

image is not available

“Usai program rasmi hari ini, saya singgah di Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan masyarakat Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

“Sejurus tiba, saya berkesempatan menikmati minum petang bersama pengamal media Tamil dan pempengaruh media sosial di Madras Bakery sambil bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Masyarakat India

image is not available image is not available

Selain pertemuan itu, beliau turut meninjau persiapan masyarakat India menjelang sambutan Deepavali di beberapa kedai dan gerai jualan di tapak bazar Little India, Brickfields.

“Semoga sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan,” katanya.

Sumber: Bernama