Kerajaan Selangor Lanjutkan Bantuan Sewa Rumah Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sehingga Setahun

4 Jun 2025 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah memaklumkan kerajaan negeri itu melanjutkan bantuan pembiayaan sewa rumah kepada mangsa kejadian letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya bagi tempoh sehingga satu tahun.

Katanya, bantuan RM2,000 sebulan itu dilanjutkan bagi memastikan mangsa mendapat tempat perlindungan wajar sehingga kediaman mereka siap sepenuhnya.

Image from: Kerajaan Selangor Lanjutkan Bantuan Sewa Rumah Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sehingga Setahun

Kredit: Harian Metro

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk membayarkan sewa rumah kepada mangsa insiden tersebut selama enam bulan bermula April lalu.

Kita akan lanjutkan sehingga setahun atau lebih terutama kepada mangsa yang rumah mereka rosak sepenuhnya kerana perlukan masa untuk bina semula.

Kata Borhan, bantuan bagi rumah yang rosak sebahagian juga akan diteruskan sehingga kediaman mereka siap yang dijangka mengambil tempoh tujuh hingga lapan bulan.

Rumah rosak sedikit dan siap dibaiki, bantuan akan dihentikan selepas mereka boleh masuk rumah semula. Kita akan lihat setiap proses pembaikan semua rumah untuk mudahkan pemberian bantuan.

Image from: Kerajaan Selangor Lanjutkan Bantuan Sewa Rumah Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sehingga Setahun

Kredit: Kosmo!

Tambahnya, secara keseluruhan lebih RM4 juta dianggarkan akan digunakan untuk biaya sewaan rumah mangsa.

image is not available 2 months ago

Lebih 100 Rumah Sementara Akan Ditawarkan Oleh Selangor Buat Mangsa Letupan Gas Putra Heights