Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin yang mengalami kecederaan serius sehingga kehilangan tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan bahawa bantuan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) itu merangkumi keseluruhan kos rawatan, rawatan susulan serta penginapan di wad sehingga atlet berusia 22 tahun berkenaan dibenarkan keluar hospital.
AdvertisementMalah, elaun latihan Hafizuddin juga akan diteruskan seperti biasa mengikut kadar kelayakan semasa bagi membantu meringankan beban kewangannya sepanjang proses pemulihan.
Kerajaan Tanggung Kos Rawatan, Elaun Latihan Diteruskan
Menurut Mohammed Taufiq, beliau telah melawat Hafizuddin dan mendapati atlet negara itu berada dalam keadaan baik serta menunjukkan semangat yang kuat meskipun berdepan dugaan besar.
View this post on Instagram
Beliau turut mengambil kesempatan bertemu ibu bapa dan ahli keluarga Hafizuddin selain menyampaikan sumbangan peribadi bagi membantu mereka sepanjang tempoh rawatan.
“Hafizuddin berada dalam keadaan baik dan kuat semangat. Saya turut bertemu ibu bapa dan ahli keluarga beliau serta menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga sepanjang tempoh rawatan.”
Dalam masa sama, kerajaan memberi jaminan bahawa kebajikan atlet tersebut akan terus diberikan perhatian, termasuk memastikan Hafizuddin menerima bantuan sewajarnya sepanjang menjalani proses pemulihan.
Hafizuddin Layak Terima Manfaat Insurans Sekitar RM120,000
Selain menanggung kos perubatan, semakan MSN menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) turut mendapati Hafizuddin layak menerima manfaat polisi insurans yang dianggarkan berjumlah RM120,000.
Atlet tersebut juga layak mendapat perlindungan di bawah Skim Lindung 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Antara manfaat yang boleh diterimanya termasuk Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sebanyak RM50.40 sehari sepanjang tempoh cuti sakit.
Bakal Terima RM915.84 Sebulan Seumur Hidup
Lebih daripada itu, Hafizuddin turut dijangka menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) sebanyak RM915.84 sebulan seumur hidup, selain bayaran pukal sekali gus berjumlah RM39,060.58.
“Berdasarkan anggaran Perkeso, beliau juga bakal menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) sebanyak RM915.84 sebulan seumur hidup serta bayaran pukal sekali gus berjumlah RM39,060.58.
“Hafizuddin turut layak menerima faedah perubatan serta kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional, selain penginapan dan makanan untuk keluarganya di Casa MSN atau lokasi lain yang sesuai.”
Menurut Mohammed Taufiq, pihak MSN juga akan meneliti bentuk bantuan jangka panjang yang bersesuaian bagi memastikan masa depan Hafizuddin terus terbela.
“MSN juga akan meneliti bentuk bantuan dan sokongan jangka panjang yang bersesuaian, termasuk dari aspek pemulihan, kaunseling dan peluang masa depan beliau, bagi memastikan kebajikan Hafizuddin terus terpelihara.”
Tangan Kanan Terpaksa Atlet Dipotong
Terdahulu, Hafizuddin terlibat dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Isnin lalu sehingga mengalami kecederaan serius pada tangan kanannya.
Atlet tersebut kemudiannya menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun tangan kanannya terpaksa dipotong pada paras atas siku atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawanya.
Sebagai rekod, Hafizuddin pernah mengharumkan nama negara selepas meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Dalam pada itu, Mohammed Taufiq turut meminta orang ramai supaya menghormati privasi Hafizuddin dan ahli keluarganya sepanjang proses rawatan serta pemulihan berlangsung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tangan Kanan Atlet Angkat Berat Negara Terpaksa Dipotong Selepas Kemalangan Motosikal Di SUKE
The post Kerajaan Tanggung Kos Rawatan Hafizuddin Roslin, Bakal Terima Pampasan Insurans RM120,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






