Kerajaan tegaskan sekolah vernakular terus dikekalkan, tiada sebarang penutupan

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 9:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan sekali lagi mengulangi pendirian tegas bahawa semua sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), akan terus dikekalkan dan tidak akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

image is not available

Kedudukan sekolah vernakular terjamin

Memetik laporan daripada Astro Awani, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa kedudukan sekolah vernakular telah pun dijamin melalui Akta Pendidikan 1996, dan perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Sejak awal saya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, saya sudah maklumkan bahawa pengiktirafan sekolah vernakular berada di bawah Akta Pendidikan.
“Saya dan Timbalan Menteri (Wong Kah Woh) mempertahankannya kerana ia telah pun disebut dalam akta tersebut,” katanya.

image is not available

Tepis dakwaan sekolah vernakular Tamil akan ditutup

Beliau turut menepis dakwaan tular mengenai kemungkinan penutupan sekolah Tamil yang muncul dari semasa ke semasa.

“Kadang-kadang ada cerita tular bahawa sekolah Tamil akan ditutup.
“Di hadapan Datuk Seri Ramanan, di hadapan tuan-tuan dan puan-puan, saya beri jaminan bahawa kerajaan ini tidak akan menutup mana-mana SJKT. Kalau ada berita meragukan, semak dengan kami dulu,” katanya.

image is not available

Artikel lain: KPM utamakan keselamatan calon SPM, sekolah terjejas dibenar laksana PdPR – Fadhlina

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada 387 SJKT seluruh negara di SJK (T) Vivekananda, Brickfields.

Dalam majlis itu, Fadhlina turut menekankan komitmen kementerian untuk mempercepatkan pembangunan semula lima SJKT yang memerlukan penyelesaian segera, termasuk di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan Ladang Jeram, Pahang.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)