Kerajaan terbuka kaji keperluan gabung cukai GST, SST

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan terbuka kaji keperluan gabung cukai GST, SST

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka untuk mengkaji dan menambah baik sistem percukaian negara termasuk menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mewujudkan sistem cukai yang lebih progresif demi manfaat rakyat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, asas sistem percukaian itu masih berlandaskan SST, namun kerajaan terbuka melakukan sebarang penyesuaian jika ada keperluan.

“Baiklah untuk GST dan SST, sepertimana yang saya sebut, kita terbuka untuk kaji dan perbaiki sistem percukaian.

“Tetapi, jika bercakap pasal GST saja, saya punya kebimbangan yang dilahirkan berulang kali, ini nak cukai rakyat. Walaupun dia kata tidak mahu, tapi (kenakan) cukai rakyat, maknanya orang yang tidak pernah bayar mesti bayar cukai.

“Bagaimana kita mahu jawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup dan beban rakyat. Sebab itu kita guna pangkal SST, tetapi jika ada beberapa penyesuaian, boleh kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di sini tadi.

Kata Anwar, kerajaan tidak menolak kemungkinan menerima beberapa ciri dalam GST yang dilihat sesuai untuk dimasukkan dalam sistem percukaian negara.

“Saya ada sebut, pangkalnya masih SST, tapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita trima, kita terima.

“Tapi saya tidak mahu tolak ansur satu hal, saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh, seperti mana pangkal pandangan dalam GST.

“GST itu ‘broad-based tax’, kita cukai semua rakyat, saya tidak setuju,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan penutup pada sesi libat urus Belanjawan 2027, Anwar menyatakan pandangan mengenai elemen penggabungan GST dan SST bagi mencari jalan ke arah sistem percukaian yang lebih progresif serta efisien. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan terbuka kaji keperluan gabung cukai GST, SST appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved