Kerajaan tidak bercadang kawal media seperti dahulu - Fahmi

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 9:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan tidak bercadang kawal media seperti dahulu - Fahmi
Fahmi

AYER KEROH - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kementerian itu tidak bercadang mengawal media seperti mana yang didakwa berlaku di bawah kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini tidak mahu mengulangi tindakan atau pendekatan seumpama itu yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar terhadap media.

"Ada tanya kenapa Fahmi Fadzil tak kawal TV? Tuan-tuan, puan-puan... kita lahir di atas jalanan dan menentang penguat kuasa mengarah memerintah yang memaksa untuk lakukan macam-macam terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Adakah kita mahu mengulangi kezaliman seperti itu? Sudah pasti tidak...Kita bukan dalam 'mood' mengawal media," katanya ketika ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan 2026 di sini pada Ahad.

Bagaimanapun Ketua Penerangan PKR itu berkata, sekiranya didapati terdapat maklumat tidak benar yang dilaporkan, pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat media terbabit.

"Sekiranya ada sebarang maklumat yang tidak benar, maka kita akan berurusan dengan media secara tertib dan beradab untuk maklumkan bahawa perlu buat sedikit perubahan.

"Ini berbeza. Saya boleh beritahu dalam kalangan rakan-rakan media mereka mengatakan berbeza zaman sekarang dengan zaman dulu. Zaman dulu, mereka akan diarah... tapi sekarang kita tidak buat begitu," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, setakat semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan menurunkan lebih 8,410 akaun palsu yang bermain isu 3R.

Jelasnya, kebanyakan daripada kandungan tersebut menyentuh emosi dengan menggunakan modus operandi menghasilkan akaun palsu seolah-olah ia adalah orang sebenar.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved