Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 7:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tiada siapa akan dilindungi sekiranya didapati menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat, termasuk membabitkan institusi seperti Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan, terutama apabila perbuatan segelintir individu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

Image from: Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

“Saya tegaskan bahawa kita tidak akan melindungi atau membiarkan sesiapa terlepas, kerana perbuatan sakau segelintir manusia ini telah menyebabkan kita semua, sama ada Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak serta yang lain, terpaksa menanggung akibatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Image from: Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar   Image from: Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

Anwar berkata, kerajaan ketika ini masih bergelut dengan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

“Kalau kita tidak bertindak, kita dituduh lemah dan mengkhianati reformasi. Kalau bertindak pula, kita dituduh berdendam. Katakanlah apa sahaja,” katanya.

Terdahulu, Anwar hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar sebelum ini memaklumkan kerajaan akan meneruskan usaha membongkar isu membabitkan Felda selepas penelitian terhadap isu penyelewengan di TH selesai.

Image from: Amanah rakyat bukan untuk ‘disakau’ ! Tiada siapa akan dilindungi – PM Anwar

Beliau berkata, perkara itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menitahkan supaya siasatan terhadap institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved