Kerajaan tingkat keupayaan hasilkan aset pertahanan

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 1:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan tingkat keupayaan hasilkan aset pertahanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh industri pertahanan tempatan, termasuk mempertingkatkan keupayaan negara dalam menghasilkan aset pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha berkenaan juga antara yang digariskan dalam Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan sebelum ini.

“Kita tahu antara cabaran-cabaran kita adalah tentang keupayaan untuk memastikan bahawa aset itu kekal boleh kita manfaatkan untuk tempoh jangka masa panjang.

“Sebab itu antara usaha kita buat melalui DIPN ini adalah kita harus, tidak ada cara lain melainkan kita mesti mengupayakan industri kita. Memang kita lihat bahawa Malaysia banyak memberikan tumpuan kepada MRO maintenance, repair, overhaul (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih).

“Tetapi keupayaan menghasilkan aset-aset pertahanan ini memang harus pertingkatkan kerana ia memang terkait dengan kedaulatan, keselamatan negara dan sebenarnya kita ada keupayaan itu,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Ahmad Ibrahim berhubung pengajaran daripada pengalaman perolehan aset strategik sebelum ini sekali gus memastikan setiap perolehan baharu mengambil kira pelbagai aspek supaya kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada pada tahap optimum.

Adly berkata, keutamaan kementerian adalah melaksanakan DIPN melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), Program Kolaborasi Industri (ICP), pemindahan teknologi, pemindahan pengetahuan, pembangunan modal insan serta pengukuhan rantaian bekalan domestik.

“Selaras dengan DIPN, setiap perolehan pertahanan baharu diwajibkan mengandungi elemen ICP bagi membolehkan pemindahan teknologi dan pengetahuan kepada syarikat tempatan, sekali gus meningkatkan keupayaan negara membangun, menghasilkan dan menyelenggara aset pertahanan di dalam negara.

“Misalnya bidang dron, perancangan perolehan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu ANKA Fasa 2 dari Turkiye bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan operasi ATM, malah akan dimanfaatkan melalui ICP untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan menerusi pemindahan teknologi, pemindahan pengetahuan dan pembangunan kapasiti syarikat tempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan tingkat keupayaan hasilkan aset pertahanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved