Pelaburan pusat data tertakluk penilaian ketat

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 2:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelaburan pusat data tertakluk penilaian ketat

KUALA LUMPUR: Setiap permohonan pelaburan industri pusat data akan melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan keperluan tenaga dan air dapat dipenuhi tanpa menjejaskan bekalan kepada rakyat serta sektor industri negara.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal sekuriti tenaga negara meskipun terus giat menarik pelaburan industri pusat data ke Malaysia.

Katanya, kerajaan juga menubuhkan pasukan petugas khas pusat data yang menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Digital serta Suruhanjaya Tenaga bagi menilai setiap permohonan pelaburan.

“Industri pusat data hanyalah satu bentuk pelaburan, namun kerajaan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat serta sekuriti tenaga negara sebagai keutamaan.

“Kerajaan telah mengenal pasti kapasiti tenaga sedia ada sebelum sebarang kelulusan diberikan dan jika keperluan mereka boleh dipenuhi, barulah kita luluskan. Jika tidak, kita tidak akan memaksa atau melangkaui kemampuan sedia ada,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Susan Chemerai Anding berhubung strategi jangka panjang kerajaan dalam menarik pelaburan pusat data tanpa menjejaskan sekuriti tenaga negara serta bekalan elektrik untuk isi rumah dan industri negara.

Menurut Tze Tzin, pembangunan pusat data turut melibatkan aspek lain termasuk penaiktarafan rangkaian yang memerlukan penelitian rapi sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Jadi, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam meluluskan sebarang permohonan berkaitan pusat data,” katanya.-UTUSAN

The post Pelaburan pusat data tertakluk penilaian ketat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved