Kerajaan tubuh pasukan khas siasat mafia korporat

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan tubuh pasukan khas siasat mafia korporat

PETALING JAYA: Satu pasukan khas yang diketuai Peguam Negara akan ditubuhkan bagi menyelaras siasatan melibatkan semua agensi penguatkuasaan berkaitan kegiatan mafia korporat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sama sekali tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan itu.

“Saya telah meminta Peguam Negara mengetuai satu pasukan khas yang melibatkan semua agensi penguatkuasaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Saya minta satu laporan komprehensif disediakan supaya orang ramai tidak menganggap perkara itu tidak telus atau percaya ada pihak tertentu yang dilindungi. Laporan itu mesti disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Ini bukan sekadar laporan untuk penjawat awam tetapi untuk kerajaan. Oleh itu, saya telah meminta ia didedahkan kepada umum.

“Sekiranya ada bukti, dedahkan, tidak kira siapa yang terlibat. Antara nama yang disebut sebelum ini ialah Tan Sri Azam Baki, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador dan Victor Chin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kerajaan akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam dakwaan kegiatan mafia korporat. – UTUSAN

The post Kerajaan tubuh pasukan khas siasat mafia korporat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved