[VIDEO] Mafia korporat: Laporan siasatan didedah kepada umum dalam tiga bulan – PM

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Mafia korporat: Laporan siasatan didedah kepada umum dalam tiga bulan – PM
Image from: [VIDEO] Mafia korporat: Laporan siasatan didedah kepada umum dalam tiga bulan – PM
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bagi menyiasat jenayah korporat dengan laporan penuh siasatan dijangka didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Lembaga Hasil Dalam Negeri serta agensi penguatkuasaan berkaitan.

"Saya minta Peguam Negara mengetuai 'task force' yang melibatkan semua badan-badan penguatkuasaan dan saya minta laporan lengkap (disediakan) supaya jangan orang anggap ini satu yang tidak telus serta ada (pihak) yang nak dilindungi.

"Jadi biar siap dalam tempoh tiga bulan dan kerana ia bukan laporan penjawat awam (sebaliknya) laporan kerajaan maka saya minta ia didedahkan kepada awam," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mempersoalkan sama ada Perdana Menteri melindungi mafia korporat atau sebaliknya.

Anwar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan menyelaraskan tindakan pelbagai agensi penguatkuasaan supaya siasatan terhadap dakwaan jenayah korporat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Jadi ini akan menunjukkan bahawa tidak ada siapa yang akan dilindungi. Siapa yang disebut, (kalau) ada bukti, akan dikeluarkanlah (namanya) tak kira kalau nama disebut itu (misalnya Tan Sri) Azam Baki ke, (Datuk Seri) Farhash (Wafa Salvador Rizal Mubarak) atau Victor Chin.

“Biar kita dapat (buat) pendedahan sepenuhnya dalam jawatankuasa khas yang diketuai oleh Peguam Negara,” ujarnya. Tambah beliau, kerajaan mahu memastikan dakwaan berkaitan jenayah korporat ditangani secara telus, tanpa mengira kedudukan atau identiti individu yang terlibat.

Menjawab persoalan mengenai ke mana hasil rampasan aset berbilion ringgit disalurkan yang turut dibangkitkan Mohd Sany, Anwar berkata, dana berkenaan disalurkan untuk kepentingan rakyat dan menyokong usaha membasmi kemiskinan termasuk menerusi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Sebab apa (dalam belanjawan) kita beri ‘lebih’ untuk rakyat? Ia sebab kita dapat elak ketirisan dan kumpulkan dana yang besar dan ia kena pulang balik kepada rakyat,” kata beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved