Kerajaan tunggu siasatan lanjut isu rakyat Malaysia ditahan tanpa permit haji

LocalPolitics
20 May 2026 • 8:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan tunggu siasatan lanjut isu rakyat Malaysia ditahan tanpa permit haji
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

JEDDAH - Malaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Makkah tanpa permit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu.

"Kita masih menunggu siasatan," katanya ketika ditemui selepas Grand Hajj Symposium 2026 di sini hari ini.

Terdahulu, media Arab Saudi, Saudi Gazette melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi selepas didapati cuba memasuki Makkah tanpa permit haji melalui laluan tidak rasmi di kawasan berbukit dan lembah.

Menurut Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi, semua individu terbabit ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 1447 hijrah sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

"Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa semua jemaah dan penduduk perlu mematuhi peraturan serta prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan operasi haji tahun ini.

“Sebarang pelanggaran peraturan haji akan dikenakan tindakan dan hukuman mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor portal berita Saudi Gazette.