“Tak perlu share kot” – Shuib Kongsi Anak Perempuan Dah Baligh Tapi Netizen Tak Setuju?

Entertainment
22 Mar 2024 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap gadis pasti merasa fasa peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa atau kata lain akil baligh.

Baru-baru ini, selebriti serta usahawan Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu berkongsi di Instagram miliknya bahawa satu-satunya anak perempuannya sudah pun akil baligh.

“Cerita harini 21 March 2024, sebelum berbuka tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa. Dah jadi anak dara.

Harini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi Wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” tulisnya di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Anaknya yang bernama Dzahira Talita Zahra itu sudah pun berusia 10 tahun dan merupakan anak kedua daripada empat, hasil perkahwinannya dengan arwah Siti Sarah.

“Kenapa nak share?”

Pun begitu, ramai netizen yang merasakan ianya sesuatu yang privasi dan tidak sepatutnya dikongsikan secara umum.

Ramai juga yang berpendapat sebagai seorang wanita ianya sesuatu yang amat sensitif dan boleh mengaibkan.

image is not available

Namun, masih ramai lagi yang mengatakan ianya sesuatu yang amat menyentuh emosi lebih-lebih lagi kerana Talita merupakan satu-satunya anak perempuan Shuib.

Selamat datang ke alam dewasa Talita!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.