Kerap jatuh jejas peluang Hakim Danish     

6 Oct 2026 • 6:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerap jatuh jejas peluang Hakim Danish     

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli akan diberi sokongan sewajarnya agar kecederaan tangan kiri dan bahu dialaminya di Litar Motegi, Jepun tidak berulang pada Grand Prix (GP) Motosikal Indonesia di Litar Mandalika, hujung minggu ini.

Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, beliau mahu pengalaman di Motegi menjadi pengajaran bagi mengelak pelumba itu kerap terjatuh dalam sesi latihan.

“Ini sebahagian daripada proses pembelajaran selaku pelumba baharu dan kami perlu memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi demi menjaga keselamatan serta keyakinannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu melengkapkan aksinya pada GP Jepun di kedudukan ke-12 dan berjaya menokok empat mata, sekali gus mengumpul 105 mata untuk kekal di tangga ketujuh dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Bagaimanapun, Hakim Danish, 19, terpaksa beraksi dalam kesakitan selepas mengalami tiga kemalangan besar sepanjang sesi latihan bebas dan kelayakan.

Insiden berkenaan menyaksikan dia terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-21, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan aksi terbaik.

Menurut Zulfahmi, ketahanan mental dan fizikal yang ditunjukkan Hakim Danish di Motegi mengagumkan terutama selepas beberapa kali terjatuh ketika sesi latihan.

“Malah, keadaan fizikalnya juga tidak berada pada tahap terbaik akibat kecederaan pada tangan kiri. Sejak hari pertama lagi, kami bekerja keras bersama pasukan fisioterapi di Klinik MotoGP bagi meredakan kesakitan yang dialami,” ujarnya. – UTUSAN

The post Kerap jatuh jejas peluang Hakim Danish      appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved