Moto3: Danish kutip empat mata di Motegi

5 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Moto3: Danish kutip empat mata di Motegi

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan prestasi cukup baik ketika menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Motegi apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-12.

Bermula di petak ke-21, pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu tidak mudah berputus asa apabila mengerah segala kudrat untuk bersaing dengan pelumba-pelumba di hadapan dalam misi memburu keputusan terbaik.

Hasil keputusan itu, Danish berjaya memastikan empat mata menjadi miliknya, sekali gus mengekalkan kedudukan di tempat ketujuh dalam carta kejuaraan dunia, berkongsi 105 mata dengan pelumba Honda Team Asia, Veda Pratama.

Pada perlumbaan itu, Danish dilihat memecut ke depan dan meletakkan dirinya dalam kelompok 15 teratas di awal saingan sebelum kembali dipintas pelumba-pelumba lain dan berada di kedudukan belakang.

Bagaimanapun, beberapa insiden yang berlaku di hadapan nyata membawa tuah apabila melonjakkan kedudukan ke tempat ke-12.

Keputusan yang diraih pastinya memberi kelegaan kepada Danish, terutamanya selepas dia berdepan aksi tidak menentu pada sesi latihan bebas sebelum ini yang menyaksikan dia terjatuh sebanyak dua kali.

Sementara itu, pelumba Dynavolt Intact GP, David Almansa muncul sebagai pemenang perlumbaan tersebut dan pendahulu kejuaraan dunia dari pasukan Aspar, Maximo Quiles yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua, diikuti Alvaro Carpe yang mewakili KTM Ajo.

 

The post Moto3: Danish kutip empat mata di Motegi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved