Kerap Sangat Main TikTok, Anak Belikan Bapa Buku Mewarna Untuk Kurangkan Ketagihan Media Sosial [Video]

Family & ParentingLifestyle
2 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki bernama Aiman Ariffin berkongsi gelagat ayahnya, dikenali sebagai Tok Pin yang sedang mewarna buku.

Menerusi video tersebut, kelihatan Tok Pin dengan fokus dan teliti mewarnakan setiap satu elemen pada buku menggunakan marker warnanya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah ia memang hobi si ayah? Namun menurut Aiman, ia merupakan inisiatifnya untuk mengurangkan ketagihan ayahnya kepada penggunaaan TikTok dalam rutin harian.

‘Ayah Kerap Main TikTok, Dia Rasa Macam Influencer’ – Si Anak

Jelas Aiman kepada BuzzKini, bapanya itu terlampau kerap menghabiskan masa dengan TikTok.

“Sangat kerap (layari TikTok). Dia memang rasa macam dia influencer ,” katanya secara berseloroh kepada BuzzKini.

Tambah Aiman, ia juga adalah salah satu cara bagi mengurangkan masa skrin (screentime) daripada menghadap platform media sosial.

“Kami perlu bagi ayah buku mewarna untuk merawat masalah ketagihan TikTok dan (kurangkan) masa skrin. Ada sesiapa punya ayah macam ni juga?” tanya Aiman.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ketagih Likes & View Di Media Sosial Boleh Buat Seseorang Jadi Murung

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia No. 2 Di Dunia Paling ‘Ketagih’ Media Sosial

Ayah Teruja Tunjuk Hasil Karya Kepada Ahli Keluarga

Menerusi satu lagi hantaran, kelihatan Tok Pin dengan bersemangat menunjukkan karya-karya seni dihasilkan kepada ahli keluarga di sekelilingnya.

“Dia tengah teruja tunjuk karya seni dia. Tolong bagi kata-kata semangat guys, semoga dia cepat sembuh daripada ketagihan dia,” tambahnya.

View on Threads

Menerusi carian kami, Tok Pin selalu berkongsi rutin dan aktiviti yang dilakukan di akaun TikTok milliknya sebagai contoh momen sedang menjamu selera bersama ahli keluarga, menghadiri kenduri, meluangkan masa dengan cucu, sedang bermesyuarat dan banyak lagi.

@tokpin63

#tokpin#atira#fyp

♬ suara asli – 🅔🅓🅚 🅕🅥🅝🅚🅨 –         
@tokpin63

#onthisday

♬ original sound – Tokpin – Tokpin
@tokpin63

#atira #tokpin#fyp

♬ suara asli – MusikStory – MusikStory

Tonton video-video Tok Pin [DI SINI].

‘Lama Sangat Screentime Boleh Jadi Lewat Pertuturan’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi positif mengenai cara Tok Pin mengurangkan masa menggunakan peranti.

“Bagus kaedah ni. Lama sangat screentime nanti speech delay (lewat pertuturan),” kata seorang netizen.

“Aku nak cubalah. Bapak aku ni kalau panggil tu dia buat tak dengar je sibuk dengan TikTok cucuk tanam dia,” kata seorang wanita.

‘Perlu Beli Ikan Bilis Nak Bagi Mak Kopek Supaya Tak Hadap Telefon’ – Netizen

Malah ada juga anak-anak yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan ibu bapa yang ketagih dengan telefon pintar.

“Saya perlu beli ikan bilis untuk mak saya untuk kopek dan buat cucuk tanam dekat rumah. Demi jauhkan dia daripada telefon. Sekarang dia obses dengan kebun dia setiap pagi cari benda nak kena trim,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai juga berkata mereka menggunakan kaedah yang sama untuk mengawal ibu bapa daripada menggunakan peranti dalam tempoh masa yang lama.

“Saya pun bagi mak saya umur 72 tahun buku mewarna untuk kurangkan masa skrin. Bulan lepas masukkan pertandingan mewarna untuk warga emas. Alhamdulillah dapat tempat ke-3,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Kerap Sangat Main TikTok, Anak Belikan Bapa Buku Mewarna Untuk Kurangkan Ketagihan Media Sosial [Video]

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Ketagihan Media Sosial Jadi Punca Pasangan Suami Isteri 50 Tahun Ke Atas Bercerai

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Di Tempat Ke-8 Dunia Paling Tinggi ‘Screen Time’, Purata Tonton 121 Video TikTok Setiap Hari!

Baca Artikel Berkaitan: Tak Bagus Tahan Mata Scroll TikTok 2-3 Pagi Walhal Badan Dah Penat! Ini Penjelasan & Langkah Pencegahannya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved