Nak selamatkan anak, wanita patah tulang kaki selepas disondol kerbau terlepas ikatan

18 Jun 2024 • 8:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nak selamatkan anak, seorang wanita dilaporkan patah tulang kaki selepas disondol seekor kerbau yang hendak dikorbankan terlepas daripada ikatan.

Detik cemas itu telah dikongsikan di media sosial yang menunjukkan kerbau berkenaan terlepas semasa penduduk kampung sedang bersiap sedia untuk ibadah korban di Kampung Rampayan, Manggatal dekat Kota Kinabalu pada Isnin.

@erasabah

Seekor kerbau dijadikan korban terlepas daripada ikatan dan merempuh penduduk sehingga menyebabkan seorang wanita tercedera dalam kejadian di Kampung Rampayan, Manggatal, di Kota Kinabalu pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an mengalami kecederaan retak bahagian tulang kaki kiri dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Timbalan Pengerusi Surau Ar-Rahman Kampung Tobur Rampayan, Ali Osman Ismail memaklumkan kerja penyembelihan ibadah korban melibatkan lima ekor kerbau di kampung tersebut. Jelasnya, ketika kejadian, penduduk kampung sedang memindahkan kerbau untuk disembelih namun salah satu tali pada kerbau tersebut telah terputus dan menyebabkan ia terlepas. Tambah Ali lagi, haiwan tersebut bagaimanapun telah selamat disembelih selepas berjaya ditangkap semula oleh penduduk kampung. Sebelum ini, tular video memaparkan kerbau terlepas ketika penduduk kampung sedang bergotong royong mengadakan ibadah korban. #ERASabahKongsi Kredit: @sinarharian

♬ original sound – ERA Sabah – ERA Sabah

Nak selamatkan anak daripada disondol kerbau

Timbalan Pengerusi Surau Ar-Rahman Kampung Tobur Rampayan, Ali Osman Ismail berkata, proses penyembelihan ibadah korban melibatkan lima ekor kerbau di kampung tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian, penduduk kampung sedang memindahkan kerbau untuk disembelih.

Namun, salah satu tali pada kerbau tersebut telah terputus dan menyebabkan ia terlepas.

“Kerbau tersebut berlari dan berpusing di sekitar kawasan sambil merempuh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian.
“Seorang penduduk kampung ketika itu mahu menyelamatkan anaknya, namun dia yang dirempuh oleh haiwan tersebut sehingga cedera,” katanya.

image is not available

Menurut beliau, kejadian itu mengakibatkan penduduk kampung menghubungi pihak ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas diperiksa, mangsa mengalami keretakan pada tulang kaki kiri dan terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

image is not available

Kerbau yang terlepas itu bagaimanapun akhirnya berhasil ditangkap semula dan telah selamat disembelih oleh penduduk kampung.

Sumber: NST (Juwan Riduan)