Kerbau Tiba-Tiba Naik Minyak, Seorang Maut Ditanduk Ketika Ibadah Korban Di Ulu Tiram

28 May 2026 • 7:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditanduk kerbau dalam dua kejadian berasingan ketika menjalankan ibadah korban di sekitar Ulu Tiram, Johor semalam.

Alami kecederaan saluran darah pada kaki kiri

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak menyatakan, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 10 pagi di Kampung Tenang membabitkan lelaki tempatan berusia 45 tahun.

“Mangsa cedera selepas ditanduk kerbau ketika proses ibadah korban dijalankan dan dihantar je Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 malam tadi.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan saluran darah (vaskular) pada kaki kiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Kerbau Tiba-Tiba Naik Minyak, Seorang Maut Ditanduk Ketika Ibadah Korban Di Ulu Tiram

Image from: Kerbau Tiba-Tiba Naik Minyak, Seorang Maut Ditanduk Ketika Ibadah Korban Di Ulu Tiram

Satu lagi kes berasingan

Menurut beliau, kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 2 petang di Batu 19, Kampung Sungai Tiram apabila seorang lagi lelaki tempatan berusia 45 tahun cedera selepas ditanduk kerbau yang tiba-tiba bertindak liar.

Mangsa dilaporkan mengalami patah tulang rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Tambahnya, setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian kedua, namun semua insiden telah dimaklumkan kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Dalam masa sama, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Facebook Polis Daerah Seri Alam

The post Kerbau Tiba-Tiba Naik Minyak, Seorang Maut Ditanduk Ketika Ibadah Korban Di Ulu Tiram appeared first on Borak Daily.