
PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera ringan manakala tiga lagi tidak mengalami kecederaan selepas kereta api merempuh sebuah van di persimpangan searas di KM21.5, Jalan Perumahan Kampung Anak Kinarut, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata siasatan awal mendapati kereta api itu – yang bergerak dari stesen Sembulan ke Beaufort – merempuh Perodua Rusa yang berhenti mengejut di persimpangan searas landasan kereta api.
Apabila ternampak van terhenti di atas landasan, katanya, pengendali kereta api membunyikan hon ketika menghampiri persimpangan searas untuk memaklumkan pemandu kenderaan itu dan pada masa sama, mengaktifkan brek.
“Pengendali kereta api hanya menyedari kehadiran van itu ketika berada pada jarak 20 meter menyebabkan berlaku perlanggaran disebabkan jarak yang terlalu dekat.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Terdapat empat individu termasuk pemandu yang berada di dalam kenderaan ketika itu tetapi berjaya menyelamatkan diri tepat pada masanya,” katanya.
Kamaruddin berkata van itu berhenti mengejut kerana berlaku kerosakan enjin dan ketika itu, pemandunya tidak menyedari kereta api yang sedang menghampiri.
Beliau berkata siasatan sedang berjalan dan pengendali lintasan itu telah ditahan untuk mendapatkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis untuk membantu siasatan. Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Inspektor Wong Yew Zhung di talian 010 – 5635169,” tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
Video berdurasi 37 saat tular di media sosial mengenai kereta api merempuh sebuah van yang berhenti di landasan kereta api.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

