Kereta Baru Keluar Kedai, 6 Sekeluarga Maut Selepas Proton X50 Bertembung Lori

LocalCars
8 Jun 2026 • 10:29 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kereta Baru Keluar Kedai, 6 Sekeluarga Maut Selepas Proton X50 Bertembung Lori

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam tular satu video dashcam memaparkan kemalangan di antara kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang bertembung dengan sebuah lori ketika berada di jalan raya di Sungai Petani, Kedah menyebabkan enam sekeluarga maut.

Menerusi video yang tular, awalnya kelihatan kereta Proton X50 berwarna hitam itu dipandu di lorong sebelah kiri sebelum dilihat memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.

Proton X50 baru diambil dari showroom sebelum terbabit kemalangan dengan lori bawa tanah

Terbaharu difahamkan kenderaan X50 yang terbabit kemalangan maut itu baru sahaja diambil dari pusat jualan di Juru, Pulau Pinang pada jam kira-kira 11 pagi semalam (7 Jun) sebelum terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan tanah.

Kemalangan yang berlaku sekitar 3.45 petang di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

Enam sekelurga dilaporkan meninggal dunia dan seorang kanak-kanak cedera parah

Individu yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut adalah:

  • Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 27, (pemandu)
  • Ahmad Fahim, 21 (adik pemandu)
  • Nora Mhd Husin, 55
  • Jamaliah Sannusi, 27
  • Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan bayi enam bulan

Manakala mangsa yang cedera merupakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, pemilik kereta merupakan anggota polis di Pulau Pinang

Mayat enam sekeluarga itu kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut, lapor Berita Harian.

Jelas ahli keluarga mangsa, kereta tersebut adalah milik Ahmad Fahim yang baru diambil tidak sampai beberapa jam.

Ketika insiden mangsa dalam perjalanan ziarah kubur arwah ayah

Memetik laporan Bernama abang ipar kepada Ahmad Fahim, Ibrahim Ghazali berusia 39 tahun menjelaskan sewaktu insiden berlaku kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lagi adik iparnya iaitu Ahmad Shafiq Ahmad Shukri yang juga seorang anggota polis.

Jelasnya sewaktu insiden berlaku kesemua mangsa dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa mentuanya di Merbok.

“Tengah hari tadi mereka singgah di rumah saya di Bertam Putra, Pulau Pinang, untuk mengambil anak lelaki saya, Iskandar Arfan, 7, yang turut terkorban dalam kemalangan itu.

“Mereka teruja menaiki kereta baharu milik adik ipar saya, Ahmad Fahim, yang turut berada dalam kenderaan itu. Saya dimaklumkan mereka dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa mentua di Merbok,” ujarnya.

Abang ipar sifatkan anaknya yang turut terkorban dalam kemalangan begitu teruja naiki kereta baharu

Beliau turut menyifatkan anaknya, Iskandar begitu teruja menaiki kenderaan tersebut.

“Semasa mereka sampai di rumah saya untuk mengambil Iskandar Arfan, anak saya sedang makan, tetapi terus membasuh tangan dan naik ke dalam kenderaan itu.”

Difahamkan Iskandar Arfan telah selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga sekitar jam 2 pagi tadi, sementara jenazah lima lagi mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Tiga Pasir, Merbok Sungai Petani.

Dalam masa sama, turut tular satu hantaran gambar status menunjukkan kenderaan baharu yang diambil dari pusat jualan.

View on Threads
View on Threads
View on Threads