Kereta Dihempap Pokok Di Jalan Kidurong Akibat Hujan Lebat

6 Oct 2022 • 9:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian baru berlaku di Jalan Tanjung Kidurong

Kereta Dihempap Pokok Di Jalan Kidurong Akibat Hujan Lebat. Berikutan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa kawasan di Sarawak, sebuah kereta di Jalan Kidurong Bintulu terpaksa berhadapan detik cemas apabila kereta yang dipandunya dihempap pokok besar pagi ini.

image is not available
Kereta Dihempap Pokok Di Jalan Kidurong Akibat Hujan Lebat. Sumber: Bintulu News Page

Kejadian itu telah dikongsi oleh pihak Bintulu News Page menerusi akaun Facebook mereka.

Pokok tumbang setiap kali hujan lebat

Menurut posting tersebut, kejadian itu berlaku di Jalan Tanjung Kidurong bertentangan dengan Stadium Muhibbah Bintulu.

Difahamkan juga, setiap kali hujan lebat pasti berlakunya kejadian pokok tumbang di sekitar jalan tersebut.

Lebih memburukkan lagi keadaan, lampu isyarat di jalan tersebut juga dikatakan gagal berfungsi tiap kali hujan lebat.

Oleh itu, pihak autoriti diharapkan segera bertindak bagi menyelesaikan masalah ini.

Guna laluan alternatif yang lain

Orang awam juga diminta untuk menggunakan laluan alternatif yang lain kerana kawasan itu tidak dapat dilalui berikutan kejadian pokok tumbang dan jalan raya yang sesak setakat ini.

Bukan itu sahaja, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memandu pada musim tengkujuh ini dan bersedia menghadapi pelbagai risiko di jalan raya.

Baca lagi artikel terkini: