Kereta dihempap pokok, pemandu 52 tahun terselamat

LocalCars
5 Nov 2026 • 9:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta dihempap pokok, pemandu 52 tahun terselamat

JERANTUT – Seorang lelaki berusia 52 tahun nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang yang tumbang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Pulau Tawar di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 petang itu, mangsa yang juga peneroka Felda Jengka 24 berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.18 petang.

Menurutnya, sebuah jentera FRT C1-42 bersama tiga anggota kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan.

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba kemudian memasangkan alat pelindung leher kepada mangsa sebagai langkah berjaga-jaga sebelum menyerahkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam untuk rawatan lanjut.  – KOSMO! ONLINE

The post Kereta dihempap pokok, pemandu 52 tahun terselamat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved