Kereta dipandu pekerja bank terbabas, terbakar

LocalCars
27 Mar 2026 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pekerja bank berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terbakar
image is not available
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa terbabas sendiri sebelum melanggar tiang di pembahagi jalan.

JASIN - Seorang pekerja bank berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Gapam-Bemban di sini pada petang Khamis.

Wanita berusia 51 tahun itu bagaimanapun sempat keluar dan menyelamatkan diri sebelum kenderaan jenis Subaru itu terbakar sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superitenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada jam lebih kurang 6.30 petang.

**media[3473398]**

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa terbabas sendiri sebelum melanggar tiang di pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya. Bagaimanapun, mangsa berjaya keluar dari kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.