Kereta Elektrik Proton e.MAS7 Hadir Dengan Dua Versi – Boleh Ditempah Pada Harga Sekitar RM120K 

TechnologyDigital
26 Oct 2024 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Auto Car Expo hari ini Proton telah membuka tirainya dengan mengumumkan dua versi pilihan untuk kereta elektrik pertama mereka iaitu, Proton e.MAS7. Ia akan hadir dengan versi Prime iaitu versi asas, dan versi Premium untuk spesifikasi lebih tinggi. 

image is not available

Walaupun ditawarkan pada dua versi, kedua-duanya mempunyai prestasi yang sama iaitu kuasa maksimum 160 kW dengan tork 320 Nm, yang memberikan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.9 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 175 km/j. 

Apa yang membezakan e.MAS7 versi Prime dan Premium adalah dari segi kapasiti baterinya dan juga sedikit kelengkapan. Dari segi bateri, versi Prime mempunyai bateri berkapasiti 49.25 kW, yang memberikan jarak perjalanan 345 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 80 kW. Versi Premium pula mempunyai bateri berkapasiti 60.22 kW dengan jarak perjalanan 410 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 100 kW. 

image is not available

Untuk pengecasan DC, kedua-dua versi ini boleh dicaj dari 30-80% sepantas 20 minit, manakala untuk AC 11kW dengan pengecasan dari 30-80% boleh dicapai sepantas 4.9 jam untuk Prime, dan 6.1 jam untuk versi Premium. 

Dari segi kelengkapan, Proton e.MAS7 sarat dengan pelbagai kecanggihan seperti Swapandu tahap 2, fungsi Vehicle-to-load, penghawa dingin dengan penapis udara N95, paparan inforia 15.4-inci 2K, paparan kluster pemanduan bersaiz 10-inci, dan bermacam lagi. Khusus untuk versi Premium mempunyai beberapa kelengkapan tambahan seperti bumbung lutcahaya yang boleh dibuka, 16 pembesar suara, paparan terimbuh HUD, lampu persekitaran LED, tempat duduk dengan sistem pengudaraan dan juga but belakang automatik. 

image is not available

image is not available

Proton turut mengumumkan harga Proton e.MAS7 akan dijual sekitar RM 120,000 dan khas untuk penempah terawal akan menerima hadiah bernilai RM 1,000 dan juga diskaun RM 500. Tawaran ini bermula hari ini sehingga hari pelancaran kereta elektrik pertama dari Proton. Anda boleh melakukan tempahan Proton e.MAS7 menerusi pengedar rasmi dan juga menerusi laman rasmi atau menerusi aplikasi mereka.