“Macam ada sinar” – Cik Epal Nak Buat Lagu, Kolaborasi Dengan Aepul Roza?

Entertainment
25 Oct 2024 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pempengaruh Cik Epal semakin menjadi perhatian ramai, ia susulan perpisahannya dengan cef piza iaitu Jofliam yang penuh dengan drama.

Bermacam-macam cerita dikeluarkan daripada dua-dua belah pihak dan terbaru Cik Epal memberi bayangan seakan ingin mengeluarkan lagu bersama penyanyi terkenal, Aepul Roza sejurus tamat tempoh iddahnya.

Dalam satu hantaran, Cik Epal bertanya kepada vokalis Drama Band itu untuk melakukan kolaborasi bersama dan permintaan itu tidak ditolak.

Malah, dalam kapsyen hantaran tersebut, Cik Epal juga sempat memerli bekas suaminya yang dikatakan ‘bermanja’ dengan seorang wanita ketika di Milan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

“Nampak macam ada sinar ye nak collab. Jangan ada yang meroyan cakap aku tak ada maruah pulak.

Aku tak ada betul kan mana-mana rambut lelaki di Milan. Aku masih lagi di Malaysia tanah air tercintahh,” tulisnya.

Sebelum ini, Cik Epal dan Jofliam sudah sah bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.