Kereta Proton e.MAS7 PHEV – Teknologi Canggih Pada Harga Yang Lebih Mesra Rakyat

TechnologyCars
19 Feb 2026 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila bercakap mengenai kereta hibrid, pasti ada antara kita yang mungkin akan dimomokkan dengan perihal seperti kos penyelenggaran dua sistem berbeza, atau lebih baik menggunakan petrol. Tahukah anda yang mana teknologi enjin telah berkembang dengan begitu pesat, malah dengan adanya enjin hibrid yang boleh menggunakan tenaga elektrik, pastinya ia membuka dimensi baharu pengangkutan seharian. 

image is not available

Proton e.MAS 7 PHEV yang baru diperkenalkan beberapa bulan lalu membawakan satu dimensi baharu bagi memudahkan pemilik kenderaan merasai sendiri peralihan tenaga. Ini kerana gabungan tenaga elektrik dan bahan petrol digunakan pada enjin PHEV yang dilihat sedikit sebanyak mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Malah pembawakan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) dalam mengetengahkan PHEV pertama keluaran jenama tersebut di Malaysia ini dilihat merupakan satu batu loncatan untuk industri automotif yang dahagakan teknologi baharu buat semua rakyat. 

Apa beza PHEV dengan enjin hibrid yang lain ? 

Dalam keluarga enjin hibrid, terdapatnya jenis Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) yang membolehkan dua jenis sumber tenaga digunakan. Ini sedikit berbeza dengan hibrid yang dahulunya mengecas dan menggunakan tenaga elektrik dari bateri, malah juga sedikit berbeza dari kereta berjenis Range Extender, yang menggunakan petrol bagi menjana elektrik, kemudiannya tenaga elektrik tersebut digunakan untuk memacu kenderaan. 

image is not available

Untuk jenis hibrid, anda mungkin hanya melihat penjimatan sewaktu anda sedang meluncur tanpa menekan pedal, yang mengaktifkan pembrekan janaan semula seterusnya mengecas semula bateri untuk digunakan kemudiannya sewaktu memecut. Namun pada kebanyakan kereta hibrid sebegini mungkin anda tidak boleh mengubah tetapan ini, atau mungkin tetapannya terhad, kerana kebanyakan kereta hibrid terdahulu dibina sebagai salah satu versi kepada versi asal petrol, dan bukan dibangunkan sebagai kereta elektrik.

image is not available

Jadi Proton e.MAS7 PHEV dibangunkan menggunakan platform GMA, turut menawarkan kecanggihan teknologi kereta elektrik, disempurnakan dengan penggunaan petrol yang efisien menambahkan lagi potensi kereta hibrid ini. 

Platform GMA dibangunkan dengan mengutamakan tenaga elektrik

Ini berbeza pada Proton e.MAS 7 PHEV kerana ia dibangunkan memfokuskan tenaga elektrik, sejajar dengan keluarga e.MAS yang menggunakan platform GMA. Ini bermaksud kerangka dan cesi kereta ini dibangunkan dengan tenaga elektrik menjadi keutamaan, kemudian barulah dikembangkan penggunaannya, termasuklah menjadi kereta hibrid. Enjin Advanced EM-i Drive System yang terdapat pada Proton e.MAS 7 PHEV ini menggabungkan 

  • Transmisi Hibrid 11-dalam-1
  • Enjin Hibrid
  • Teknologi bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate)

Bagi menjamin kecekapan tenaga gabungan sumber petrol dan elektrik, Transmisi Hibrid 11-dalam-1 ini menggalas tugas utama dalam memacu kenderaan ini. Fokusnya adalah lebih kepada peralihan tenaga, bukannya seperti kotak gear tradisional. Oleh itu pengalaman pemanduan adalah menyerupai kereta elektrik dengan penggunaan tenaga yang rendah. Enjin akan mula membantu atau memacu roda apabila situasi memerlukannya seperti kelajuan tinggi atau pendakian panjang, untuk kecekapan optimum.

image is not availableDan ini bukan seperti pengeluar lain yang menghasilkan kereta petrol, kemudian fungsi hibrid adalah tambahan yang pastinya menghasilkan pelbagai kompromi. Malah kereta PHEV yang terdahulu mungkin menggunakan petrol lebih banyak dari kereta petrol apabila bateri tidak dicaj semula.

Tidak terhad pada itu, sistem operasi juga membolehkan pelbagai fungsi diletakkan bersama membolehkan segenap potensi kereta elektrik diteroka.

Kereta Elektrik Yang Boleh ‘Mengecas Sendiri’

Oleh itu pada Proton e.MAS 7 PHEV terdapatnya fungsi yang membolehkan pemandu mengecas semula bateri dalam keadaan tertentu. 

image is not available

Hanya aktifkan fungsi Self-Charge, dan sekiranya pemandu sedang menetapkan mod parkir (P), maka enjin hibrid akan dihidupkan bagi menjana tenaga elektrik.  Di saat pemandu berjauhan dengan pengecas, fungsi ini pastinya dapat menghilangkan kegusaran jarak kerana ia dapat mengecas bateri dengan sendirinya pada kadar 3.5 kW.

image is not available

Enjin yang sangat efisien ini juga dibina dengan fokus pada kecekapan tenaga, menggunakan kitaran Atkinson membolehkan petrol digunakan dalam pelbagai aspek. Kecekapan enjin ini jelas dibuktikan apabila pada kebanyakan masa, 80% dari pemanduan Proton e.MAS7 PHEV akan menggunakan motor elektrik, membolehkan penggunaan petrol sebanyak 4.3L/100km 

Tiga Mod Pemanduan Mengikut Citarasa Pemandu

Berkat teknologi PHEV, pemandu boleh memilih dari tiga mod pemanduan yang boleh memaksimumkan jarak pemanduan Proton e.MAS 7 PHEV. Mod pertama iaitu Pure merupakan mod pemanduan elektrik yang boleh memberikan jarak pemanduan sehingga 170KM tanpa menggunakan petrol.

image is not available

Mod kedua iaitu mod Hybrid akan menukar bahan api secara automatik, bergantung kepada tahap kecekapan penggunaan tenaga pada waktu tersebut. 

Dan mod ketiga merupakan Power, iaitu mod yang akan mengutamakan prestasi yang diinginkan pemandu. Dengan gabungan kuasa 193kW & 262NM, Proton e.MAS7 PHEV boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 8 saat.

image is not available

Jika dibandingkan dengan teknologi terdahulu, tidak hairanlah kereta PHEV hanya ditawarkan oleh jenama mewah pada harga melebihi RM 200,000 namun Proton e.MAS7 PHEV ditawarkan pada harga  yang sangat mampu milik, dan penuh dengan ciri-ciri menarik dan berbaloi. 

Berikut merupakan harga Proton e.MAS 7 PHEV mengikut spesifikasi, dan juga harga selepas rebat RM 4,000 untuk 5,000 tempahan pertama.

  • Versi: Harga asal / harga selepas rebat RM 4,000
  • Prime: RM 109,800 / RM 105,800
  • Premium: RM 123,800 / RM 119,800
  • Premium Plus: RM 129,800 / RM 125,800

Jaminan selama 6 tahun tanpa had perbantuan, jaminan bateri dan komponen elektrik selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. Pembeli juga anda turut menerima pakej insurans e.MAS bernilai RM 1,000. Turut bersama adalah langganan internet 2GB sebulan selama 5 tahun bernilai RM 1,000 dan juga pengecas rumah 7kW bernilai RM 1,500. Kesemua faedah tawaran ini berjumlah RM 7,500.

image is not available

Jadi bagi anda yang mencari kereta baharu dengan penuh potensi dengan kecanggihan masa hadapan, hadirkan diri anda ke cawangan Proton yang berhampiran, dan pandu uji sendiri Proton e.MAS7 PHEV ini. 

Penafian: Advertorial dari Pro-NET