Kereta Rempuh Pembahagi Tol, 2 Warga Emas Maut

LocalCars
5 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, pagi tadi.

Difahamkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaiki mangsa terlanggar pembahagi lorong dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan.

image is not available

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa berjaya dikeluarkan namun telah meninggal dunia di tempat kejadian.