Dua lelaki maut langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

LocalCars
5 Nov 2024 • 7:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.

image is not available
Dua lelaki maut dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.

SERDANG - Dua lelaki warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.42 pagi.

"Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.

"Akibat kemalangan itu, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.