“Kereta sedekah kot” – Peminta Sedekah Kantoi Naik Kereta Honda CRV, Kata Pinjam Daripada Kawan

Entertainment
26 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mungkin disebabkan golongan-golongan seperti inilah yang menjadi penyebab orang ramai susah nak menghulurkan derma kerana ada peminta sedekah yang cuba ambil kesempatan.

Rasanya dah ramai sangat golongan peminta sedekah yang menyamar ini, terbaru ada lagi seorang wanita terbongkar rahsianya setelah kegiatan itu dirakam oleh seorang pemuda.

Video yang kini sedang tular memperlihatkan peminta sedekah itu, menaiki kereta jenis Honda CRV, difahamkan wanita itu baru selesai melakukan ‘kegiatannya’ dan kereta tersebut telah diletak sangat jauh dari lokasi dia meminta sedekah.

Menurut pemilik video, wanita itu pernah berada di kawasan lain sebelum ini. Setelah pemilik video menghampiri wanita itu, dia agak panik dengan memberi alasan bahawa kereta tersebut adalah kereta pinjam daripada rakannya.

Malah ketika pemilik video melihat keadaan keliling kereta, terdapat satu pelekat residensi yang dipercayai tempat kediaman orang-orang elit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram apabila melihatnya kerana ada orang yang lebih memerlukan berbanding dirinya seandainya wanita ini menipu,

Dalam pada itu, ada juga yang menceritakan pengalaman lebih kurang sama di mana mereka kenal identiti seorang peminta sedekah yang sebenarnya seorang yang kaya-raya.

Jadi, ada netizen menasihati seeloknya bantu golongan seperti penghantar makanan dengan cara berikan tips.

image is not available image is not available image is not available

Lepas ni, kalau nak minta sedekah biarlah dengan saluran yang betul. Apapun ikut kata hati kita, dengan kes macam ni harap dapatlah buka mata kita untuk berpada-pada kalau nak melakukan kebaikan.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.