“Sampai Bila Nak Diperbodohkan?” – Tular Video Peminta Sedekah ‘Drive’ Honda CRV

Cars
26 Mar 2024 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
peminta sedekah

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut selepas mendapat tahu peminta sedekah boleh memandu kereta yang berharga lebih RM100,000.

Menerusi video tular itu, perakam dilihat berjalan ke arah kereta yang terdapat seorang wanita di dalamnya.

image is not available

Minta sedekah lagi kaya dari kita yang kerja siang malam. Selalu ada dekat restoran Insaf depan ipd Sentul tu. – Iqbal Blues

Ketika ditanya, wanita tersebut tidak mengaku kereta adalah miliknya. Sebaliknya, dia mendakwa kereta dipinjam daripada seorang rakan.

Naik Honda? Fuyo. Kau mintak sedekah naik honda? Jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau dekat Keramat hari tu.

Wanita tersebut berkali-kali menjawab, “Not my car, borrow from a friend. Saya tak ada duit nak beli barang pun. You tengok I makanan pun tak ada.”

Di cermin hadapan kereta pula terdapat pelekat kediaman Duta Nusantara tahun 2021/2022. Tidak berpuas hati, perakam kemudian berkata, dia akan menjejaki siapa pemilik sebenar kenderaan tersebut.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media