Kereta terbalik di tengah LEKAS

LocalCars
7 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kereta terbalik di tengah LEKAS
Tangkap layar video dirakam pengguna memaparkan sebuah kereta terbalik di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban pada Jumaat.

KAJANG - Sebuah kereta terbalik selepas dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika sebuah Perodua Alza dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

"Ketika melalui susur untuk memasuki jalan utama, kenderaan itu dipercayai bergesel dengan sebuah Proton Saga yang datang dari arah Semenyih.

"Akibat kejadian itu, sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dan bekerja sebagai peniaga terbalik di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular video dirakam pengguna media sosial memaparkan sebuah kenderaan didapati terbalik di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini.

Sementara itu, Naazron berkata, kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

"Kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rozita Sahad menerusi talian 017-232 7099 bagi membantu siasatan," katanya.

Ujarnya, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi peraturan serta berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved