Proton Saga terbalik selepas bergesel dengan Perodua Alza

LocalCars
7 Nov 2026 • 11:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Proton Saga terbalik selepas bergesel dengan Perodua Alza

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbalik selepas bergesel dengan sebuah Proton Saga dalam kemalangan di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Perodua Alza berkenaan dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan itu melepasi susur untuk memasuki jalan utama sebelum bergesel dengan Proton Saga yang datang dari arah Semenyih.

“Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dan bekerja sebagai peniaga terbalik di atas jalan raya.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 4.30 petang sebelum kes disiasat di bawah Rule 6(1) LN 166/59.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rozita Sahad menerusi talian 017-232 7099 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Proton Saga terbalik selepas bergesel dengan Perodua Alza appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved