Kereta Terjunam Dalam Gaung, Tular Video Kemalangan Di Jalan Tapah

LocalCars
24 Apr 2026 • 11:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Terjunam Dalam Gaung, Tular Video Kemalangan Di Jalan Tapah

Tiada siapa yang menginginkan berlakunya kemalangan, tetapi ia boleh terjadi dalam sekelip mata tanpa diduga. Lebih memilukan apabila ada yang terkorban dalam insiden itu.

Semalam, tular satu kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga di Batu 21, Jalan Tapah menghala ke Cameron Highlands.

Menerusi satu rakaman "dashcam" yang dikongsikan di media sosial, kemalangan itu berlaku sekitar jam 8 malam pada Khamis.

image is not available

Rakaman itu menunjukkan keadaan laluan selekoh yang sempit dan terdapat sebuah lori turut melalui jalan tersebut.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta dilihat datang dari arah bertentangan dan terbabas ke dalam gaung.

Lelaki yang memandu kenderaan terbabit dilaporkan maut, manakala isteri dan empat anaknya cedera.

Memetik laporan Bernama, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi kira-kira tiga meter.

Mereka ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands bagi menziarahi ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata hasil maklumat awal mendapati kenderaan dinaiki keluarga berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung dan terbalik dalam sungai cetek di kawasan tersebut.

Baca juga:

“Pihak kami telah melaksanakan size-up di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala lima lagi mangsa yang cedera telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam,” katanya.

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga isteri dan anak-anak mangsa juga segera diberikan kesembuhan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved